Monday, December 21, 2015

Peningnya... macamana nak interview?

Salam semua...

Semalam ada seorang student yang datang tanya pasal interview. macamana nak buat, apa yang kena ada dan sebagainya. Jadi hari ni aku nak tulis kat sini, harap-harap dapat jadi panduan untuk orang lain jugak.

Sekiranya kita pilih untuk kumpul data guna teknik interview, ada beberapa perkara yang perlu disediakan.

1. sediakan soalan temubual
soalan temubual boleh dirangka berdasarkan kajian literatur. bangunkan soalan yang dapat bantu capai objektif kajian

2. kenalpasti responden
untuk dapatkan responden, perlu jelas apakah populasi kajian kita. katakanlah buat kajian untuk kaji kesan pt3 kepada pelajar, jadi populasi kita adalah pelajar yang telah ambil PT3. 

3. dapatkan kebenaran
kemudian perlu dapatkan kebenaran responden. jadi berdasarkan populasi kajian cuba hubungi calon responden dan dapatkan persetujuan. berdasarkan pengalaman aku, untuk dapatkan responden yang profesional atau pakar aku guna linked in. boleh search bidang kita dalam tu dan approach calon melalui linked in. kalau untuk dapatkan pakar dari agensi kerajaan pula perlu ikut protokol. lebih baik dapatkan kebenaran daripada orang yang paling high authority, lepas tu staf tak akan menolak kalau dipilih dijadikan responden. selalunya permohonan disertakan dengan surat dari universiti yang mengesahkan kita ni adalah pelajar universiti. 

4. setkan jaduan temubual
catat semua cadangan dan temubual yang telah disetkan supaya tak bertindih. kenalpasti jenis temubual, tempat yang sesuai dan sebagainya. selalunya responden lebih selesa buat interview dalam ofis atau bilik meeting. kalau perlukan tempat yang sesuai boleh book bilik perbincangan dan ajak responden ke sana. 

5. persiapan instrumen
pastikan audio rekoder dah sedia dan berjalan dengan baik. ada buku nota dan pen untuk buat catatan. sediakan juga sedikit cenderahati untuk responden sebab dah beri kerjasama.

ini sedikit sebanyak tips yang aku boleh share. usaha, doa dan tawakal




No comments:

Post a Comment