Tuesday, December 22, 2015

Cabaran dalam PhD... bagaimana nak atasi?

Sekarang ni dah jam 2 pagi, aku dok ketuk keyboard lagi. otak rasa macam tak boleh nak shut down sebab tadi tengah dok menulis dengan bersemangat... tetiba dah sampai masa balik umah. huhuhu...
ni mata dah start mengantuk... nak kena masuk tido la jawabnya. badan bukannya kuat macam dulu-dulu boleh stay up sampai ke subuh. kena la terima hakikat..

Ok la. pepagi ni aku nak share sikit perkongsian dengan rakan seperjuangan 2 hari lepas. dia kata yang hidup dia banyak cabaran, macamana dia nak atasi dan go on dengan study? haa soalan ni memang famous sebab semua pelajar yang sedang buat phd mesti akan hadapi cabaran. tak ada yang terkecuali jadi phd ni sebenarnya bukan saja untuk tambah ilmu, tapi tambah kecekalan, ketabahan, kekuatan dan macam-macam ke lagi lah... insyaallah bila dah bergelar Dr nanti akan jadi insan yang kuat.

aku ni sebenarnya hadapi cabaran sepanjang hidup... sejak kecil lagi. maklumlah jadi anak yatim sejak umur 7 tahun, lepas tu hidup ala kadar ja. pernah kongsi ayam seketul berempat dengan mak dan adik2 aku. lepas kawin pun susah jugak. kalau nak tau apa yang jadi boleh gi intai blog aku yang lain "khas untuk iman". konflik tu jadi masa aku tengah buat master. alhamdulillah walaupun hidup bergolak tapi aku dapat pointer 3.96. jadi sebab tu aku percaya kesusahan dan cabaran yang kita alami memang allah dah design untuk bentuk diri kita yang baru.

ada kawan aku yang kehilangan suami, ada yang hilang mak, ada yang bercerai, ada yang hilang anak, ada yang masalah adik beradik, ada yang ada masalah kesihatan. jadi sebenarnya ada macam-macam jenis masalah dalam dunia ni, macamana nak go on? macacamana nak hadapi? macamana nak berjaya?

Aku ada beberapa tips yang aku amalkan bila hadapi cabaran dan dugaan jadi kita masih boleh fokus dan berjaya.

Tips pertama ialah cari tempat mengadu. aku paling selesa mengadu kat Allah. bentang sejadah, solat sunat 2 rakaat lepas tu ko mengadulah kat Allah puas-puas, nangis puas-puas. lepas tu minta tolng kat allah moga bagi kita kekuatan. lepas menangis aku akan rasa lega, akan rasa ringan ja kepala. selalunya aku akan buat ni tengah2 malam jadi lepas tu boleh terus tido. esoknya insyaallah lebih tenang dan lebih kuat.

Yang kedua kalau ada bestfriend yang memahami, tak kisah la kawan, mak, suami, isteri.... asal yang boleh dipercayai kita boleh share. minta kata-kata peransang. minta diorang doakan kita insyaallah akan dapat kekuatan

Yang ketiga ialah bila nak start belajar kena fikir positif. setkan dalam minda yang semua yang terjadi bukan salah kita. semuanya ketentuan Allah, kita dah buat yang terbaik. bersangka baik dengan allah....  Insyaallah allah akan tolong kita selesaikan semuanya. everything going to be fine.  jadi letak semua masalah tu ketepi jangan fikir pasal tu.

Yang keempat tetapkan tekad, kenapa kita nak berjaya? untuk pasangan atau anak-anak atau mak ayah. bayangan muka kegembiraan diorang bila kita berjaya

last sekali tarik nafas panjang-panjang dan start buat kerja.... percayalah U CAN DO IT

Jadi.. good luck bagi yang sedang mengharungi perjalanan mencari ilmu paling mencabar ni. Insyaallah dengan usaha, doa dan tawakal kita semua boleh berjaya




Monday, December 21, 2015

Peningnya... macamana nak interview?

Salam semua...

Semalam ada seorang student yang datang tanya pasal interview. macamana nak buat, apa yang kena ada dan sebagainya. Jadi hari ni aku nak tulis kat sini, harap-harap dapat jadi panduan untuk orang lain jugak.

Sekiranya kita pilih untuk kumpul data guna teknik interview, ada beberapa perkara yang perlu disediakan.

1. sediakan soalan temubual
soalan temubual boleh dirangka berdasarkan kajian literatur. bangunkan soalan yang dapat bantu capai objektif kajian

2. kenalpasti responden
untuk dapatkan responden, perlu jelas apakah populasi kajian kita. katakanlah buat kajian untuk kaji kesan pt3 kepada pelajar, jadi populasi kita adalah pelajar yang telah ambil PT3. 

3. dapatkan kebenaran
kemudian perlu dapatkan kebenaran responden. jadi berdasarkan populasi kajian cuba hubungi calon responden dan dapatkan persetujuan. berdasarkan pengalaman aku, untuk dapatkan responden yang profesional atau pakar aku guna linked in. boleh search bidang kita dalam tu dan approach calon melalui linked in. kalau untuk dapatkan pakar dari agensi kerajaan pula perlu ikut protokol. lebih baik dapatkan kebenaran daripada orang yang paling high authority, lepas tu staf tak akan menolak kalau dipilih dijadikan responden. selalunya permohonan disertakan dengan surat dari universiti yang mengesahkan kita ni adalah pelajar universiti. 

4. setkan jaduan temubual
catat semua cadangan dan temubual yang telah disetkan supaya tak bertindih. kenalpasti jenis temubual, tempat yang sesuai dan sebagainya. selalunya responden lebih selesa buat interview dalam ofis atau bilik meeting. kalau perlukan tempat yang sesuai boleh book bilik perbincangan dan ajak responden ke sana. 

5. persiapan instrumen
pastikan audio rekoder dah sedia dan berjalan dengan baik. ada buku nota dan pen untuk buat catatan. sediakan juga sedikit cenderahati untuk responden sebab dah beri kerjasama.

ini sedikit sebanyak tips yang aku boleh share. usaha, doa dan tawakal




Friday, December 18, 2015

Perjalanan mengenal Penyelidikan

Alhamdulillah...

Dah lama sebenarnya nak buat blog khas untuk berkongsi pengalaman dan tips mengenai penyelidikan. Pengalaman yang ada tak banyak mana... tapi aku suka sangat untuk berkongsi dengan dunia apa yang dilalui. Moga ada memberi manfaat kepada semua yang sedang berjuang dalam bidang penyelidikan.

Sedikit tentang diri aku dan penyelidikan... aku mula mengenal penyelidikan sejak memulakan pengajian PhD pada september 2012. Pada masa tu aku masih jahil tentang penyelidikan. Terlalu banyak yang perlu dipelajari dan rasa hilang dalam perjuangan. Selepas 3 tahun berjuang dalam menjalankan penyelidikan ada sesuatu yang amat berharga yang aku pelajari... x ada dalam mana-mana silibus. Aku belajar untuk lebih dekat dengan Allah kerana hanya Allah mampu bantu kita untuk menghabiskan perjuangan ini. Sekarang ni.. aku masih dalam perjuangan. Dah nampak garis penamat tapi masih banyak ranjau dan jurang yang perlu aku hadapi.



Jadi bagi yang sedang berjuang, berusahalah semaksima mungkin dan bertawakallah pada Allah. Jadikan diri kita ni kesayangan Allah, moga doa kita mudah dia nak kabulkan. Berbaiklah dengan semua orang sebab kita tak tahu mungkin ada doa dari keluarga kita atau kawan kita atau makcik cleaner kat fakulti kita yang akan makbul.

Sedikit tips mengenai amalan2 yang elok diamalkan. Insyaallah dapat bantu mempermudahkan segala urusan kita :

Jadikan diri kita ni kesayangan Allah
1. Kalau nak doa kita Allah dengar, kita kena la patuh dengan suruhan Allah. Solat awal waktu, kalau anak kita, kita panggil wat tak tahu ja mesti kita bengang kan. Bila azan kita wat x tau ja mesti Allah marah. Macamana nak makbulkan doa kita.
2. Amalkan solat dhuha sebab solat dhuha ni insyallah akan dimurahkan rezeki.
c. Amalkan solat tahajjud di 2/3 malam. Boleh bgn dlm pukul 5 pagi utk solat dan sambung dengan mengaji.
d. Selalulah bersedekah. kalau boleh bantu setakat yang boleh ahli keluarga kita... mungkin ada pak sedara yang x mampu. atau ada anak saudara yang dah jadi anak yatim. sedekah berterusan insyaallah akan dipermudahkan urusan kita.

Buat tanggungjawab sebagai suami/isteri, anak, bapa/ibu, adik/abang/kakak dengan baik. Jaga silaturrahim dengan keluarga. Masa sedang berjuang dgn PhD ni aku sedar yang paling penting dalam hidup adalah keluarga kita. cuba sebaik mungkin bahagian suami/isteri kita. kita kena fahami diorang... baru diorang boleh faham dengan kita. share apa yang kita alami, jangan biar pasangan terpinga-pinga kenapa tiba-tiba kita down. bahagiakan anak-anak kita. jadikan quality time dengan anak, main dengan diorang sebab itu akan jadi moment terindah dalam hidup diorang. bahagiaka ibubapa kita. kalau dok dekat selalu2 lah melawat. kalau jauh selalu2lah telefon. cuba spend time dengan diorang dan tunaikan apa2 permintaan diorang. rapatkan juga diri dengan adik beradik. tanya khabar, tolong mana yang mampu.

Berbaik dengan semua orang disekeliling kita. Bantu kawan2 yang susah. kongsi ilmu dengan kawan2. Insyaallah ilmu kita akan bertambah. Dalam dunia menimba ilmu ni, makin banyak kita share.. makin banyak ilmu yang kita akan dapat. insyaallah... aku bersyukur sangat sebab dapat kawan2 research yang sangat helpful dan sedia untuk berbincang. aku suka dengan environment ni dan alhamdulillah persekitaran ni sangat positif untuk study. jadi ambil tahu research kawan-kawan, bantu setakat mana yang boleh dan share apa ilmu yang kita ada.

Akhir sekali, kebanyakan kawan yang aku jumpa mostly sangat rasa rendah diri. rasa diri tak tau apa-apa, sebenarnya ilmu allah sangat luas jadi mustahil kita tahu semua. tapi kita kena percaya bahawa ilmu yang kita ada tu adalah something yang sangat bernilai dan perlu rasa bangga untuk share ilmu kita.